Pembersih kewanitaan direka untuk membersihkan bahagian luar kelamin wanita, yang sering dipanggil vulva. Ia membantu mengekalkan kebersihan dan kesegaran, serta berpotensi mengurangkan bau dan membantu menyeimbangkan pH semulajadi kawasan tersebut. Adalah penting untuk menggunakan produk yang diformulasikan khusus untuk kawasan sensitif ini bagi mengelakkan iritasi.
Penggunaan pembersih kewanitaan secara rutin adalah tidak wajib. Sebaiknya gunakan berdasarkan keselesaan dan keperluan peribadi. Tetapi, Pembersih Kewanitaan Sumber Ayu telah diformulasi khusus sesuai untuk kegunaan setiap hari.
Pembersih kewanitaan boleh membantu mengekalkan kebersihan, tetapi ia bukan pengganti rawatan perubatan. Ia dapat membantu mengurangkan risiko jangkitan dengan menjaga kebersihan area kewanitaan anda. Amalan kebersihan yang baik dan pemakaian pakaian dalam yang bersesuaian juga amat penting untuk mencegah pembiakan bakteria dan mengurangkan risiko jangkitan.
Anda harus elakkan dari memilih pembersih kewanitaan yang mengandungi bahan kimia yang tinggi, atau pewarna, kerana ini boleh menyebabkan iritasi pada kulit sensitif. Dapatkan produk yang dilabelkan, diuji oleh pakar wanita dan diuji secara dermatologi.
Ya, anda boleh menggunakan pembersih kewanitaan semasa haid. Ia boleh membantu anda merasa lebih segar dan bersih. Walau bagaimanapun, adalah penting untuk mengekalkan kebersihan dengan menukar produk haid (pad, tampon, atau cawan haid) dengan kerap untuk mengelakkan iritasi atau jangkitan.
Wanita dengan kulit sensitif harus lebih peka ketika memilih produk pembersih kewanitaan. Sebaiknya pilih produk yang diformulasikan khusus untuk kulit sensitive kawasan intim, diuji secara dermatologi dan diuji oleh pakar wanita. Sentiasa lakukan ujian kulit (patch test) sebelum menukar kepada produk baru secara mendadak.
Penggunaan pembersih kewanitaan yang mengandungi bahan aktif yang tinggi boleh mengganggu flora vaginal dan keseimbangan pH semulajadi. Sebaiknya gunakan produk pembersih kewanitaan yang mengandungi bahan semula jadi dan ber-pH seimbang. Kawasan intim yang sihat adalah dalam lingkungan antara pH 3.5 – pH 4.5. Jika anda mengalami ketidakselesaan atau simptom yang tidak biasa, berundinglah dengan pakar kesihatan.
Secara amnya, pembersih kewanitaan boleh mula digunakan seawall akil baligh (bermulanya kitaran haid) untuk menjaga kebersihan area kewanitaan. Apabila gadis ayu menghampiri akil baligh, mereka akan melalui perubahan hormon. Pada peringkat ini, penggunaan pembersih wanita yang dirumus khas penting untuk mengekalkan kebersihan, melindungi daripada bakteria dan bau tidak menyenangkan. Dengan pembersihan yang betul, area kewanitaan lebih terjaga dan gadis ayu kekal yakin sepanjang aktiviti harian mereka.